KEPUPUSAN PENYU DISEBABKAN PERBUATAN MANUSIA YANG TIDAK PRIHATIN
Penyu merupakan asset hidupan laut yang hidup berjuta-juta tahun dahulu. Hidupan laut ini merupakan peninggalan sejarah yang lama hidup di atas muka bumi ini sebelum kewujudan manusia. Suber makanan utama haiwan ini ialah batu karang kecil dan obor-obor. Obor-obor ialah haiwan yang terapung seakan-akan plastic di dasar laut. Plastic merupakan salah satu factor yang menyebabkan penyu menghadapi kepupusan. Pembuangan plastic di dasar sungai dan dasar laut merupakan sikap manusia yang tidak prihatin seterusnya menyebabkan hidupan khazanah laut ini makan plastic itu kerana penyu menganggarkan bahawa plastic itu seakan-akan obor-obor serta menyebabkan kepupusan haiwan tersebut. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat mestilah menguatkuasakan undang-undang bagi menangani masalah tersebut. Jika perkara itu lambat diambil tindakan, kepupusan haiwan ini semakin cepat daripada kita jangkakan.
Selain itu, penggunaan pukat tunda oleh nelayan-nelayan merupakan salah satu factor bagi kepupusan haiwan ini. Pukat tunda yang digunakan oleh nelayan mampu merosakkan ekosistem didalam laut serta memusnahkan sumber pencarian makanan utama haiwan ini. Penyu bergantung kepada batu-batu karang untuk mereka mencari makanan. Tanpa sumber tersebut, haiwan ini tidak akan bertahan lebih lama untuk hidup. Penggunaan pukat tunda juga boleh mengganggu sumber-sumber pencarian hidupan haiwan lain di dasar laut yang mencari makanan. Jika ekosistem di tempat tersubut tidak diganggu, peratusan pencarian sumber makanan di kawasan itu adalah tinggi. Oleh itu, pihak-pihak yang terbabit perlu mengambil tindakan undang-undang keatas nelayan yang tidak mendengar kata.
Penjualan-penjualan penyu juga merupakan salah satu factor yang menyebabkan kepupusan haiwan ini. Penjualan penyu di salah satu kepulauan di Indonesia telah berjalan dengan berleluasa dan menyebabkan haiwan itu semakin kurang dilihat pada masa kini. Mereka menangkap haiwan tersebut dan menjualnya di “Pasar Penyu”. Mereka memburu tanpa mengira saiz haiwan tersebut dan memburu macam seringgala mencari mangsa. Jika keadaan ini tidak diatasi dengan segera, generasi akan datang tidak akan dapat melihat haiwan yang begitu hebat ini.
Penyu merupakan haiwan eksotik yang indah yang perlu kita pelihara dan perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, marilah ramai-ramai kita menjaga dan memulihara haiwan ini daripada kepupusan supaya generasi yang akan dating dapat lihat haiwan eksotik ini di masa akan datang.